Make your own free website on Tripod.com
Perjalanan Ku Ke Negara Eropah

Germany : 8 August 1996

Sampai di Frankfurt pukul 6:50 pagi. Tempat menarik disini (tengok poskad)

i) SAMSTAGBERG
ii) KAISERDOM
iii) TRANE AM MAIN

Dekat Frankfurt kita orang pergi jalan-jalan di keliling bandar, lepas tu oleh kerana dah seminggu tak makan nasi . Beli nasi campur kari dengan orang Afganistan berharga DM13, nasinya banyak sampai tak habis , selebihnya kita orang bungkus. Kita orang naik train pukul 12:43 pm ke Munich (or Munchen) . Jumap minah Scotland , sembang lebih kurang , tanya dia orang keretapi yang nak naik ni kena supplement ke tak, dia orang kata tak. Keretapi pun sampai , keretapi tu canggih semacam aje, seriau jugak nak naik. Tapi since dah lambat naik jugaklah. Tak lama lepas tu konduktor yang datang check tiket cakap kita orang kena bayar supplement DM24 seorang. Kita orang pun gabralah, mana nak korek duit sebanyak tu. Kita orang cuba terangkan dekat konduktor tu, di abuat-buat tak paham aje. Dia cakap dalam bahasa German, dia suruh bayar jugak. Kita orang korek sana korek sini jumpalah 120 Franc, 10DM dan 14Paun Sterling. Masalhnya dia tak terima Traveller’s Check. So kita orang pun bayarlah dengan duit yang ada tu, nasib baik cukup untuk 3 orang ada lebih 20Pfenig.

Sampai Munich lebih kurang pukul 4:00 petang, pergi beli peta Munich 1DM. Suruh mat yang jual peta tu tandakan tempat menarik kat sini, tapi dia tak tau cakap English, dia tunjuk tulisan sebelah peta dan tunjuk peta. So we all decide to go to Stadium Olimpik Munich, kita orang berjalan aje, jauh gile. Rasanya lebih kurang sejam setengah berjalan ke Stadium. Sampai kat stadium tengok ramai orang datang mula-mula takut nak masuk dalam stadium (takut kena bayar). Tapi lama-lama try tanya minah polis jaga pagar tu , dia kata boleh masuk free, kita orang pun apalagi masuklah. Dalam stadium tu best, and grand, bergambar lebih kurang and then chow.

Perjalanan balik sesat, entak=h keman entah Ario bawak. Masa tu dah pukul 8:00 malam, entah macam mana ada seorang Mat German ni (40+) tolong bagitau arah ke stesen keretapi (dalam bahasa Inggeris). Malm tu kita orang train ke Prague pukul 11 malam (lebih kurang). Duduk dengan 1 couple English, kita orang buat tak tau aje, tak tegur dia orang langsung, kita orang buat tak dfaham cakap Inggeris. Tak lama lepas tu, ada awek Amerika masuk bilik kita orang. Selepas awek tu masuk aje, kita orang terus speaking dengan dia , surprise jugak couple English tu dan kemudian baru dia masuk line. Jackie sembang dengan couple tu pasal politik Malaysia. Aku pulak sembang kosong denagn awek Amerika tu.


Chezchoslavakia : 9th. August 1995

Sampai Prague pukul 8 pagi. Stesennya teruk, lighting mya very dim. Kita orang mandi dekat stesen, kena bayar “20 Krouna” lebih kurang 50p. Dekat sini ramai orang miskin mintak sedekah. Mula-mula kita orang makan dekat Mc-Donald’s, aku makan 2 fish burger campur regular coke cost about 90Krouna, murah betul rasanya. Lepas tu jalan-jalan di bandar Prague, cantik jugak bandarnya, banyak bangunan-bangunan lama dan chatedral, kita orang lepak dan nyanyi lagu melayu kuat-kuat. Orang ramai semua tengok saje, pelik kut. Masa kita orang naik atas tower tadi nampak 2 awek melayu hari tu. Dah puas kita orang pusing-pusing, kita orang pergi Mc-Donald’s makan fish burger + french fries + coke lebih kurang 70 Krouna.

Lepas habis makan di Mc-Donalds, kita orang pergi shoppings dekat supermarket, barang-barangnye murah gile. Aku bawak 350Krouna. Beli itu ini (makanan) habis 250Krouna, ada lagi balance 100Krouna. Aku nak masuk balik kedai tu tapi pengawal kedai tu cakap kedai dah nak tutup, so tak boleh masuk Aku pun pergi kedai jual buah-buahan. Aku beli pisang(10 biji), ingatkan mahal tengok-tengok baru 27Krouna saje, aku beli epal pulak (20Krouna) aje, ada balance 50Krouna lagi. Aku beli kerepek pisang , harga 30Krouna. Pergi balik stesen keretapi, banyak bawak balik barang dari shopping tadi, berat betul.. Sampai stesen , nampak Lan dengan dua awek melayu yang aku cerita tadi. Lan nak pergi Munich dan 2 awek melayu tu nak pergi Vienna, sama train dengan kita orang. Naik train pukul 12:30 malam, duduk satu kabin dengan 2 orang minah Korea. Tak lama lepas tu ada 2 orang Chezh masuk( 1 perempuan + 1 lelaki muda ). Perempuan tu tak tahan dengan bau kita orang. Lepas 2 orang Chezh tu belah Ario pulak buat hal , dia tak nak kongsi seat dengan awek Korea tu (tak gentleman langsung). Aku dengan Jackie tidur atas lantai.


10 August 1995

Sampai Vienna pukul 7 pagi, kita orang tak cukup tidur malam tadi. Kita mencari Park untuk tidur. Sampai dekat one of the park tak boleh tidur jugak, sejuk sangat. Since mengantuk sangat so kita orang decide nak terus ke Bridisi (Italy - bandar pelabuhan untuk ke Greece) pukul 1:22 tengah hari nanti. Untuk membuang masa kita orang pergi jugak round-round bandar Vienna dengan mata yang teramat mengantuknya. Pukul 1:22 naik train ke Venice -> Bologna -> Brindisi (kita orang nak pass by Venice saja, dalam perjalanan balik nanti baru nak singgah).


11 August 1995

Sampai Brindisi pukul 12 tengah hari , terus lepak dekat air pancut di tengah-tengah bandar. Jumpa minah Belanda, dia kata kena ambil tiket ferri dulu (untuk ke Greece), tambangnya 10,000 Lira sorang, so aku denagn Jackie pergilah ke “Adriatic Company” beli tiket, Ario tak ikut dia tunggu beg. Dalam pukul 8 malam kita orang boarding dalam ferri , namanya “Sansawiro”. Ferri tu canggih, ada swimming pool, kita orang letak kepala aje terus tertidur.


12 August 1995

Malam ni terjaga jugak, tengok keliling ada beberapa orang saje yang tidur atas deck. Lebih kurang pukul 8:30 pagi ferri ni sampai Corfu (Greece). Ferri ni turunkan orang di Corfu, ramai jugak orang yang naik, dalam pukul 11 macam tu ferri ni pun berjalan. Aku sembang denagn minah American dekat tepi kolam renang, awek ni cakap ferri ni nak ke Brindisi. Aku apalagi terkejut berukle, takkan ferri ni nak pusing balik kot. Aku pun bagitau member semua, lepas tu member-member pun terlopong, pasal kena patah balik ke Brindisi ( perjalanan lebih kurang 12 jam). Kita orang ingat ferri ni nak terus ke Patras, rupanya tidak.

Aku dengan Ario dah berputus-asa dah, ingat nak nak cancel aje plan nak ke Istanbul dan Greece, tapi Jackie cakap kena pergi jugak. Dengan perasaan yang tak boleh digambarkan keadaannya, ikut jugaklah ferri ni ke Brindisi. Sampai Brindisi lebih kurang pukul 5 petang, keluar ferri aje terus beli tiket dari “Helina Mediteranean”. Lepas tu terus check passport dekat Polizia, pukul 6:30 petang kita orang boarding kapal “Media II”. kapalmnya kecik daripada yang semalam, dah lah tu ramai orang pulak. Cari tempak lepak, jumpa dekat tepi ferri sebelah kanan. Tak lama lepas tu 4 orang awek Hong-Kong datang lepak dekat sebelah tempat kita orang. Olehkerana dia orang ni tak bawak langsung alas tidur, Jackie dengan gentlemanya bagi kain selimutnya dengan minah Hong-Kong tu. Sorang tu namanya Meh Yam, Jackie cakap dia syok kat minah tu.


13 August 1995

Pagi ni bangkit pagi pukul 8, angin kaw-kaw punya kuat, kita orang minum-minum dekat kantin dekat bawah deck. Naik atas deck balik ajak amoi-amoi tu main daun terup, dia orang ajar main “cover the blanket”. Main punya main dah sampai Patras. Sampai Patras lebih kurang pukul 2 petang waktu Greece (campur satu jam dari Italy). Cuaca dekat sini panas macam dekat malaysia, stesen keretapinya adalah yang paling teruk yang pernak aku jumpa sepanjang perjalanan ini. Aku nak naik keretapi pukul 4 atau pukul 5 tapi dah penuh, last-last naik keretapi chokia pukul 7:45 malam (sepatutnya dalam jadual pukul 7:15). Keretapi ni kuno habis, penumpang boleh berhenti dekat tengah jalan (tanpa ada stesen). Sampai Athens pukul 12:30 malam, ada mat-mat promote hotel untuk bermalam dari 1000DM hingga 2000DM. Tapi kita orang tolak, sebab memang tak plan nak tidur hotel. Di tengah malam tu kita orang pun mencari “Larissa” Station, stesenya tersorok, kena naik atasjejambat. Aku tengok ramai jugak orang lepak kat stesen tu. Aku terus cari tempat lepak dan terus tidur.


Greece: 14 August 1995

Pagi-pagi lagi aku dah bangkit (pukul 6 pagi), aku terus tanya dekat kounter, aku nak naik train pukul 7 pagi tapi dia kata dah habis, so kena reserve untuk esoknya. Aku pergi minum kat stesen keretapi, 1 cawan kopi berharga 270dM . Lepas tu pergi “Onomia” cari Mc-Donalds, aku dah tak tahan , dah beberapa hari asyik makan roti campur jam aje. Aku makan McMeal (fish burger + french fries + coke), harganya 980dM. Lepas aku pergi Acropolis, tempat tinggalan sejarah kerajaan Rome, Greece. Since aku tak bawak aku punya student ID card, aku kena bayar 2000dM, kalau ada student ID kena bayar 1000dM aje. Aku lepak lama jugak dekat situ (kat atas tangga marmar..angin pulak sepoi-sepoi bahasa). Tadi aku ada nampak tulisan jawi di atas blok batu..ada perkataan Allah jugak (note: Acropolis pernah dijadikan masjid oleh kerajaan Uthmaniah ketika mereka menawan Athens.). Lebih kurang pukul 2:30 petang aku turun dari situ dan terus merayap tak tau arah mencari Park untuk lepak. Aku cari park tapi terjumpa hutan simpan yang dia orang preserve. Dalam hutan tu ada lorong pejalan kaki, kolam, itik dan binatang yang dikurung dalam sangkar. Keluar dari situ lebih kurang pukul 7 malam, aku lepak dan tertidur di depan bangunan parlimen Greece. Malam ni aku tidur lagi di stesen keretapi Athens “larissa”. Aku masuk tidur pukul 10 malam, tadi sampai sini awal dalam pukul 8:30, tapi segan pulak nak tidur terus dekat tepi stesen, sebab siang lagi. Aku minum dulu dekat kedai kopi stesen.Takada masalah masa nak tidur sebab dah letih berjalan-jalan tadi siang.


15 August 1995

Aku bangkit lebih kurang pukul 6 pagi, gerak budak-budak ni dan tunggu train ke Istanbul, pukul 7 kita orang berangkat naik train. Aku duduk sebelah awek Greece, namanya Maria Mikrou, sembang punya sembang sedar-sedar dah sampai Tessaloniki (pukul 1 pm). Tukar train ke Istanbul pukul 3:25 petang. Lebih kurang pukul 2 pagi sampai di sempadan Turki, ramai orang British,Spanish,German kena turun train bawak beg, masalah VISA, kita orang alhamdulillah takada kena apa-apa, baru rasa besar sikit, sebab biasanya kita orang yang kena periksa betul-betul dekat negara lain di eropah, maybe sebab kita orang islam kut , tu sebab dia tak check tu. Sambung tidur balaik...tidur nyenyak.


Turki: 16 August 1995

Sampai Istanbul lebih kurang pukul 7:30 pagi, terus breakfast, minum nescafe, cawan dia kecik aje + makan roti cicah sup turki (macam sup dal). Lepas breakfast cari hotel, dapat hotel , satu malam US$4 seorang. Aku mandi dan siap terus pergi berjalan-jalan. Mula-mula aku pergi makan nasik lauk ayam harganya 200,000 Lira. Lepas itu aku pergi “AyaSofya”, sembahyang zohor dekat surau Ayasofya (Ayasofya sekarang ni adalah sebuah muzium). Mula-mula makcik yang jual souvenir dekat surau Ayasofya tu tak kasi aku masuk dalam surau, dia kata untuk orang Islam sahaja. Aku cakap kat makcik ni yang aku orang islam nak sembahyang, baru dia kasi masuk. Orang dalam surau tu pelik aje tengok aku sembahyang kat situ, lepas sembahyang ada orang turki tegur aku, dia tanya dari mana dan datang nak buat apa. Aku ingat lepas sembahyang zuhur nak masuk Muzium Ayasofya, tapi memandangkan bayaran masuknya berharga 240,000 Lira (lebih kurang 3.30Pound). So tak jadi masuk. Selepas tu pergi Blue Mosque (hanya seberang jalan dengan Ayasofya), sembahyang sunat 2 rakaat dan kemudian pergi ke GRAND BAZAAR . Aku beli selendang untuk mak, yuga, yumah dan endang.

Satu hal orang turki ni (para peniaga) suka approach orang supaya membeli barangan jualan mereka. Dalam perjalanan balik ke Blue Mosque, aku singgah di masjid Suleyman (sembahyang asar). Masjid Suleyman ni interior nya adalah lebih kurang sama dengan masjid Blue Mosque. Selepas sembahyang asar teruskan perjalanan ke Blue Mosque, aku terserempak dengan pertunjukan kebudayaan turki (tarian dan nyanyian). Aku menyaksikan pertunjukan itu sampai habis dan kemudian minum-minum di gerai berhampiran Blue Mosque (berlatar belakangkan Blue Mosque). Aku kemudian bersembahyang jemaah maghrib di masjid Blue Mosque. Lepas sembahyang ada orang turki yang tegur aku dalam bahasa ‘broken’ English, di abelajar di ‘Bremen’ Germany. Mat tu cakap Yusuf Islam datang dekat ‘Gulhane Park’ pukul 8 malam ni. Aku pun keluar masjid, terdengar dentuman-dentuman dan suara di luar. tengok-tengok ada laser show dekat luar masjid. Aku sempat tengok kejap dalam 10 minit, ramai jugak pelancong yang menonton pertunjukan tu.

Aku kemudian mencari Gulhane Park, tak susah sangat nak cari tempat ni, tapi bila tanya pengawal , dia kata Yusuf Islam akan datang esok dan bukan hari ini. Lepas tu balik ke hotel, dalam perjalan balik, singgah masjid dekat-dekat area hotel. Aku sembahyang isyak, lepas sembahyang sembang dengan beberapa pelancong dari Pakistan. Ssatu perkara yang aku rasa seronok ialah orang turki ni suka bile tengok orang islam dari negara lain. kebanyakan mereka tahu Malaysia. Selepas sembahyang aku makan nasi (145,000 Lira lebih kurang 2Pound). Aku kemudian balik hotel dan terus tidur. Lena betul rasanye, barulah aku rasa macam melancong , sebab tempat tidur teratur dan makan pun lazat-lazat. Aku confident aje makan kat turki ni, sebab mostly rakyatnya islam...so makanannya pun halal lah.


17 August 1995

Hari ni banyak perkara yang berlaku. Aku bangkit pukul 9:15 pagi. Tengok bilik mandi, sedang berkunci, so tak bolehlah aku mandi. Lama lepas tu baru aku mandi, siap semua sekali, aku keluar bilik pukul 10:15 pagi dan terus pergi buat reservation train malam esok untuk ke Athens. Aku makan (sarapan) dekat warung yang aku makan semalam, aku makan nasi campur kentang campur ayam separuh , harganya 190,000 Lira. Selepas makan aku menyeberang teluk Halic(Golden Horn) pergi jalan-jalan jumpa 2 buah masjid. Masa tu Jackie cakap dia nak belah dari Turki dan nak pergi Athens terus hari tu jugak. Tanpa berfikir panjang aku dan Ario pun cakap ok. Dia pun chow balik he hotel.Aku dengan Ario pergi ke masjid KILI PASA, sembahyang Zohor, biasalah semua orang pandang aje.Masa lepas sembahyang ada orang lempar tasbih dekat aku(untuk zikir). Lepas tu aku pergi GALATASARAY. Bandar dia ok jugak, tapi ada 2 church yang aku jumpa.Balik har GALATASARAY, aku dengan Ario pergi naik ferri ke KADIKOY (sebelah ASIA).Sampai dekat titu aku lepas tu pergi ke BESHAS. Dari situ aku jalan ke jambatan penghubung diantara asia dan eropah. Sampai dekat jambatan, ktta orang sembahyang Asar dekat masjid (kat bawah jambatan tu).

Lepas sembahyang balik ke hustel, masa tu dah pukul 7:45 malam.Sampai hostel tengok barang-barang Jackie ada lagi tapi dia tak ada.Aku dengan Ario pergi ke perhimpunan Bosnia (tunjuk pehasaan) pekat GULHANE PARK.Ramainya orang, aku kena bayar 100.000 Lira untuk masuk (sedekah Bosnia).Mula-mula kami menyelit-nyelit aje, tengok jalan dah jam, lepas tu ada budak-budak muda Turki yang tengah duduk , panggil kami, suruh duduk sebelah dia orang.Dia ohang tanya dari mana? aku jawablah Malaysia. Lepas tu aku dengar ohang sekeliling aku cakap malaysia... malaysia... malaysia.Since dekat situ tak berapa nampak ,kami pergi kat bahagian tengah pulak, dapat tempat duduk.Masa tu pulak penceramah tu pulak ada bercakap sesuatu yang baik pasal Malaysia dan Iran(yang aku faham Malaysia denqan Iran ajelah).Orang-orang kat belakang kami picit-picit belakang kami, dia orang cakap Malaysia good.Puhhh!!! ... rasanya bangga betul jadi rakyat Malaysia masa ni.Lebih kurang pukul 10:30 malam, kami keluar dari situ cari makanan.Aku beli ikat kepala yang tulis ayat al-quran(aku pun ikat kat kepala), terus pergi naik atas sekali, mula-mula ada mat-mat tu kata dah penuh, tapi kemudian dia kasi sign suruh masuk, dia orang tanyalah dari mana(dalam bahaea isyarat yang lebih kurang).Dia orang kasi minum Fanta pehcuma, lepas tu dia kasi minum air teh lagi.Semua orang dekat kawasan situ sebut-sebut tentang Malaysia.Sekali lagi, aku rasa bahawa orang Malaysia ni dihormati dan dihargai dekat Turki ni.Awek Turki pun masyaallah, semua cun-cun belaka, yang pakai tudung lagilah.Masa rally tu, awek-awek Turki tu tengok dekat kami dan senyum .Kami belah dari tempat tu lebih kurang pukul 11:45 malan.Sampai dekat hotel, tengok Jackie tengah main chess dengan mat-mat Turki yang duduk kat hotel tu, dia kata tertingal train ke Athens.Masa tengah atas katil ni, masih lagi dengar suara riuh-rendah dekat Gulhaane ParkAku mandi pukul 1 pagi dan terus masuk tidur.Rasanyabanyak betul pengalaman yang aku dapat hari ni.


18 August 1995

Aku bangkit tadi pukul 8:30 pagi.